Privacy policy
MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI
ElrahCollection tidak mengumpul maklumat peribadi daripada anda seperti nama dan alamat anda apabila anda melayari laman web kami. Jika anda memilih untuk memberikan maklumat tersebut kepada kami, ia hanya digunakan untuk memenuhi permintaan anda untuk mendapatkan maklumat atau persetujuan anda untuk menerima sebarang berita/komunikasi daripada kami. Komunikasi sedemikian boleh termasuk pemberitahuan ketibaan produk baharu, promosi, peraduan dan panggilan khidmat pelanggan terhadap pesanan yang telah anda lakukan.
Jika anda membuat pembelian di laman web kami, kami akan mengumpul dan menyimpan nama anda, alamat rumah atau lain-lain, nombor telefon, alamat e-mel dan bil, maklumat pembayaran dan kewangan. Jika anda tidak memberikan maklumat sedemikian, kami tidak akan dapat melengkapkan pembelian anda. Maklumat ini digunakan untuk melengkapkan dan menganalisa pembelian anda daripada laman web ini.
Maklumat ini juga boleh digunakan untuk tujuan dalaman dan maklumat ini mungkin didedahkan kepada kakitangan kami dan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam melengkapkan transaksi anda (contoh Payment Gateway/Kad Kredit) di mana mereka mempunyai dasar privasi mereka sendiri berkenaan dengan maklumat yang kami perlu berikan kepada mereka untuk transaksi berkaitan pembelian anda. Maklumat ini juga turut didedahkan kepada pihak yang membuat penghantaran pesanan anda (Syarikat Penghantaran, cth) atau sebarang analisis terhadap penggunaan anda ke atas laman web kami.
PERUBAHAN TERHADAP DASAR PRIVASI
Kami berhak untuk mengubah suai dasar privasi ini pada bila-bila masa, oleh itu sila buat semakan. Perubahan dan penjelasan akan berkuat kuasa serta-merta selepas ia disiarkan di laman web. Jika kami membuat perubahan penting pada dasar ini, kami akan memberitahu anda di sini bahawa ia telah dikemas kini, supaya anda mengetahui maklumat yang kami kumpulkan dan cara kami menggunakannya.