Shipping policy
PENTING - Setelah pembelian dilakukan, sebarang refund (pemulangan wang) tidak dibernarkan. Setelah pembelian dilakukan, pelanggan tidak boleh membatalkan pembelian.
1. Kami menghantar ke Seluruh Dunia ! Bayaran penghantaran bergantung kepada berat barang dan lokasi penghantaran berdasarkan kadar penghantaran yang dikenakan oleh Syarikat Penghantaran. Di samping itu, kos operasi syarikat juga termasuk dalam bayaran penghantaran.
2. Kaedah penghantaran yang digunakan adalah menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran Pos Laju atau J&T Express. Syarikat penghantaran yang lain turut akan digunakan sekiranya ada keperluan.
3. Setelah pembelian dibuat, barang akan diserahkan kepada Syarikat Penghantaran dalam tempoh 1-3 hari.
4. Setelah pembelian dilakukan, sebarang refund (pemulangan wang) tidak dibernarkan melainkan pihak kami tidak mempunyai stok yang telah dibeli.
5. Tempoh penghantaran adalah sepertimana yang ditetapkan Syarikat Penghantaran iaitu 1-3 hari bekerja bagi Semenanjung dan 3-5 hari bekerja bagi Sabah Sarawak. Untuk negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand, tempoh penghantaran antara 2-4 hari (EMS). Bagi negara seperti UK dan US, tempoh penghantaran antara 3-6 hari. Walaubagaimanapun, tempoh masa penghantaran mungkin berbeza mengikut keadaan-keadaan tertentu.
6. Setelah pesanan anda telah diproses dan dibungkus, kami akan menghantar e-mel kepada anda yang mengandungi Tracking Number untuk anda semak status bungkusan anda pada setiap masa. Pastikan anda meletak e-mel anda yang sah semasa membuat pembelian. Sekiranya anda terlupa untuk letak e-mel semasa membuat pembelian, syarikat penghantaran juga akan memberikan notifikasi penghantaran kepada anda secepat mungkin.
7. Sekiranya anda masih tidak menerima barang anda sila hubungi pihak kami untuk membuat semakan. Boleh hubungi kami di butang live chat atau whatsapp ke nombor 017-2195251. Anda perlu memberikan maklumat pembelian dan maklumat-maklumat lain sekiranya diminta. Tuntutan pemulangan wang (refund) tidak dibenarkan dan kami akan cuba memastikan produk kami sampai di tangan pelanggan.
8. Sekiranya barang yang dihantar dipulangkan semula kepada kami atas sebab pelanggan mengabaikan panggilan dari pihak Syarikat Penghantaran, kami sama sekali tidak bertanggungjawab atas kos yang terlibat dalam proses penghantaran semula kepada pelanggan. Tuntutan pemulangan wang (refund) juga tidak dibenarkan.
9. Pembelian yang dilakukan di dalam website ini semuanya akan di pos ke alamat pelanggan. Tiada self-collect buat masa ini. Hanya reseller kami sahaja yang boleh membuat self-collect di warehouse kami. Walaubagaimanapun, para pelanggan kami boleh datang ke butik kami Elrah Setapak di Platinum Walk dan Elrah Melaka di Taman Klebang Utama.
10. Setelah pembelian dilakukan, sebarang refund (pemulangan wang) tidak dibernarkan.