Refund policy
PENTING - Setelah pembelian dilakukan, sebarang refund (pemulangan wang) tidak dibernarkan. Setelah pembelian dilakukan, pelanggan tidak boleh membatalkan pembelian. Pertukaran size dan warna juga tidak dibernarkan.
1. Pelanggan boleh memulangkan baju yang rosak dengan memaklumkan kepada kami dalam tempoh 3 hari setelah penerimaan baju. Contoh, terima barang hari Isnin, selepas 3 hari iaitu hari Khamis, jika pelanggan membuat aduan kerosakan barang, ianya tidak diterima.
2. Bagi setiap barang yang rosak, Warehouse akan menggantikannya dengan baju yang baru dan Refund tidak dibenarkan. Pelanggan perlu pos barang itu semula ke Warehouse. Kos pemulangan dan penghantaran semula ke pelanggan semuanya akan ditanggung oleh pihak Warehouse. Namun, barang yang dipulangkan oleh pelanggan ke warehouse mestilah sentiasa berada dalam keadaan sepertimana ia dihantar. Pelanggan perlu memberikan maklumat pembelian dan sebarang maklumat lain yang diminta oleh Warehouse.
3. Pemulangan wang (Refund) dalam kes baju rosak ini hanya dibenarkan sekiranya barang tersebut kehabisan stok di Warehouse. Proses pemulangan wang akan mengambil masa 10-20 hari. Kami galakkan pelanggan menukar produk yang lain bagi memudahkan urusan.
4 .Pertukaran size dan warna tidak dibernarkan.
5. Mungkin terdapat keadaan di mana stok yang hanya berbaki satu sahaja, ianya dibeli oleh pelanggan dan pihak Warehouse mendapati stok itu rosak sebelum ianya dipos ke pelanggan. Dalam kes seperti ini, pemulangan wang dibenarkan dan proses pemulangan wang akan mengambil masa 10-20 hari. Kami galakkan pelanggan menukar produk yang lain bagi memudahkan urusan.
Kami sentiasa berusaha memberik khidmat terbaik terhadap pelanggan kami. Namun, adakalanya terdapat beberapa masalah yang berlaku. Walaubagaimanapun, kami sentiasa akan memperbaikinya dari masa ke semasa.